Sinopsis Perangkap Ajal

J-woks merupakan ketua penjenayah yang paling dikehendaki polis. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa masih gagal mengenal pasti wajah sebenar J-woks. Bahkan, konco-konconya sendiri tidak pernah melihat muka ketua mereka. Kejahatan J-woks dan kumpulannya di sekitar ibu kota Kuala Lumpur telah menjatuhkan maruah pihak oleh oleh kerana kejayaan mereka meloloskan diri.[1][2]

Inspektor Dzul Faqar bersikap optimis dalam tugasnya untuk mengetuai pasukan khas khusus dalam menangani kes ini. Namun, penjenayah yang dikejarnya menyimpan dendam. Semangat beliau untuk memburu penjenayah tersebut telah menyebabkan nyawa keluarga dan wanita yang dicintainya turut terancam.[1][2]

Perkara ini telah menjadikan komitmen beliau pada kerjaya bertukar menjadi konflik peribadi. Beliau mengetahui bahawa antara mereka, ada yang tidak akan berpuas hati selagi tidak berdepan dengan saat kematian. Matlamat hidupnya adalah untuk memastikan keamanan dan membawa J-woks ke muka pengadilan.[1][2]